5 Arif The Movie

C

 

ak!!! Salam sejahtera kepada semua pembaca. Diharap anda semua gila-gila hendaknya. Mungkin bagi sebilangan anda tak tahu apa sebenarnya yang hendak kami ceritakan mengenai 5 Arif The Movie. Kami selaku warga 5 Arif tahun 2004 telah membuat kajian dan mendapati bahawa tahun kami ini merupakan tahun pertama penerbitan kisah kelas 5 Arif SMK Sri Aman. Betapa bangganya kami maklumlah, mana pernah kelas lain buat seperti kelas kami buat.

 

Disebabkan ini merupakan penerbitan pertama kami, maka kami akan menyediakan cerita yang lebih panas, lebih power dan lebih-lebihnya lah……yang korang tak tahu mengenai kami. Kali ini saya nak share ngan korang mengenai perihal budak kelas kami yang korang tak sedari ataupun senang kata yang korang tak tahu.. tak kurang juga “perihal Brutal” kelas kami.

 

Tapi……. Yang saya nak ceritakan ini taklah seganas 18 SG. Cukuplah nak tak nak aje. Lagipun seteruk-teruk saya nie nak kutuk orang, tak semestinya nak kutuk bebenor. Saya juga ada perasaan prihatin lagi penyayang.

 

Sebelum korang baca cerita 5 Arif The Movie nie, saya nak korang kuatkan semangat , bagi yang lemah semangat tu, baik korang tak yah baca.nanti percuma aje masuk wad kesihatan. Mana taknya, di dunia ni mungkin 1,2,3,4,5,6,7 atau saya seorang saja yang “jahat” nak dedahkan attitude kawan sendiri. Yelah…..kalau nak tunggu dia orang ceritakan sendiri, alamatnya sampai kita pindah ke Marikh pun belum tentu diceritakannya. Sebenarnya korang patut berterima kasih pada saya kerana saya akan membongkarkan perkara yang tidak diketahui umum. Chewah……… macam Edisi Siasatlah pula. Yealah…..siapa yang hendak cerita mengenai benda yang pelik pada diri sendiri. Kalau adapun, dari 10 yang mereka cakap, yang betul Cuma 1 atau 2 sahaja. So dah menjadi tugas saya untuk membongkar semuanya. Bukannya apa, manalah tahu dalam kelas kami terdapat kakak, adik, abang,mak su, pak su, ataupun bakal mertua korang ke, jadi mudahlah korang memahami mereka dengan lebih dekat lagi.

 

 

Maka , setelah membuat undian ke lapan kali sehingga tak ada orang yang sanggup untuk undi lagi, pada hari ke lapan , pukul lapan, saya telah mendapat mangsa pertama untuk di dedahkan. Orang ni seorang perempuan. Namanya, maaf tak boleh didedahkan. Saya rasa si gadis ini patut didaftarkan ke Hospital Bahagia. Mana taknya, boleh dikatakan kerja budak ni sentiasa pelik. Ada satu masa tu, waktu kami orang membuat eksperimen terhadap katak, adakah dia nak cium katak. Katanya, nanti putera kacak muncul. Gila …gila..walaupun muncul putera kacak tu, takdanye minat kat awak. Dahlah  tu, cikgu Cuma minta memerhati sistem peredaran darah katak, tapi dia nie buat kerja lain. Kalau korang nak tahu, habis segala isi perut katak itu dikeluarkan. Kasian- kasian. Mungkin dia nie gian sangat nak jadi doctor. Jadi bermula dari hari tu dia digelar Puteri katak. Walaupun dia macam tu, tapi pelajaran dia tak pernah abaikan.

Berlainan pula ngan kawan dia yang seorang nie. Kawan dia ni agak pendiam. Tapi …… dia ni diam –diam berisi. Kalau dulu berat dia cuma 49 kg kini dah 53 kg. Kan berisi namanya tu.. takdelah.. kawan dia yang seorang ni ada peliknya juga. Walaupun dia ni pendiam sikit dalam kelas, tapi dia sentiasa menjadi perhatian oleh Ketua warden. Ntah lah apa sebabnya. Dengar cite dia ni sentiasa datang akhir ke sekolah. Padan muka. Tinggal kat asrama pun boleh lambat. Dia ni juga kadang-kadang termenung panjang. Teringatkan buah hati kot. Oh..tidak.. siapalah jejaka yang malang itu. Dari mereka berdua, kita beralih pula pada jejaka yang baru tahun lepas memakai cermin mata. Jejaka ini boleh dikatakan seorang yang macho dalam kelas kami. Tiap hari ada saja surat yang datang. Bila ditanya katanya dari peminat. Entah betul entah tidak. Entah-entah surat hutang. Dia ni dulu dengar cerita agak pemalu dan penakut jugak. Tapi kini mak uihhh….dia kepala segala pengganas. Entahlah siapa yang rasuk dia sampai jadi begitu. Orang dah nak SPM ni makin ulat buku,tapi dia makin ulat bulu. Naik berbulu juga saya cuba nak nasihatkan dia, tapi adalah dia ikut jugak. Sekarang ni dah nampak sedikit perubahan. Pelajaran tak diabaikan. Baguslah. Kita beralih pula kepada rakan wanita dia ni. Kawan dia ni memang lain dari yang lain. Boleh dikatakan Kak Happy. Mana tak, setiap kali orang cerita, dia nie gerenti tersengih-sengih sorang diri. Kalau cerita tu sedih sekalipun dia pasti akan cuba buat- buat ketawa. Cuba korang bagitahu kat saya , normal ke dia ni. Sian-sian. Tapi bila dia cerita pasal boysfriend dia, kalah hujan musim dingin. Punyalah kecewa sampai dia tak sedar kawan sebelah dia siap pakai baju hujan. Dahlah tu, buat apelah nak merana tak tentu pasal. Banyak lagi orang yang sudi kat awak.

               Sebenarnya ,  bayak lagi yang saya nak ceritakan kepada kalian semua mengenai perilaku pelajar kelas kami. Bukan setakat nak cerita, malahan nak kutuk diaorang. Mangsa seterusnya adalah, kakak yang boleh diketogerikan dalam pelajar paling sedih. Riak muka dia sedih memanjang.kalau ada cerita lawak pun dia akan cuba buat-buat senyum kambing. Memang pun padan dengan awak. Muka pun sebiji macam kambing tercekik rumput. Kami cuba selidik apa masalah nya, tapi dia macam tahu-tahu kami sedang siasat pasal dia. Tapi, kalau awak lari sampai ke Uganda sekalipun, kami akan cuba cari masalah awak. Rupanya dia ni putus cinta. Ooo……tedah….Boleh tiap hari dikatakan dia ni rindu ngan bekas pakwe dia. Minah jiwang jugak dia nie. Dalam kesempatan ini, kalau siapa yang berkenan ngan minah sekor ni bolehlah masuk mengurat. Walaupun begitu, pelajaran dia tetap diutamakan. Bagus-bagus.. amalkan selalu. Hampir terlupa pulak. Sebenarnya ada peristiwa yang lawak berkenaan ngan minah nie. Pada satu hari tu, adalah mambang mana yang letak kertas milik seorang pelajar yang paling dia tak minati ( tak sukalah maksudnya ). Akibatnya, meletuplah Bukit Bangunan mendengar dia menjerit. Punyalah anti kepada pelajar lelaki ini, sampai kertas dia pun minah ni tak suka. Habis satu sekolah dia cari siapa punya angkara yang letak kertas yang tak berdosa tu di meja dia.

               Tapi tu peristiwa lama. Kalau  tak salah tahun lepas. Mungkin korang heran kenapa saya selalu bercerita mengenai pelajar perempuan kelas kami dan tidak pelajar lelaki. Ini disebabkan dalam kelas kami pelajar lelaki hampir pupus. Kelas kami terdiri daripada 7 putera dan 23 puteri. Si 7 putera itu pun ramai yang hampir kepada nak jadi puteri. Terdapat 3 spesis dalam kelas kami. Satu perempuan, dua lelaki dan ketiga tak tahulah nak sebut apa. Spesis yang ketiga ni seramai dua orang pelajar. Sekarang ni pula seorang pelajar laki tu nak masuk ke spesis ketiga. Korang tahu tak spesis yang ke tiga tu. Kalau tak tahu, spesis ke tiga tu adalah spesis menusia yang jari manis nya akan terangkat bila minum, dan jalannya mengalahkan perempuan. Korang tahu-tahu sajalah spesis apa tu Biarlah……… asalkan diaorang bahagia.

                Kali ni, saya nak kutuk seorang lagi pelajar . malang sungguh pelajar tu sama kelas ngan saya. Kena kutuk saja. Pelajar ni boleh dikatakan famous satu sekolah ngan sikap ganas dia. Entahlah kat gunung mana dia bertapa sampai dapat sikap yang ganas itu. Tiap hari ada saja pelajar junior yang terkena dek keganasan dia tu. Dia ni pantang kalau ada orang yang melanggar peraturan sekolah. Kalau  satu hari tak hukum orang tak sah. Mungkin hati dia tak tenang kalau tak hukum orang. Jadi, bagi you all kat luar sana jaga-jaga sajalah.ramai gila orang yang takut kat dia ni. Takut bukan pada saiz badan mahupun keganasannya, tetapi pada hukumannya. Hukuman dia ni yang buat ramai orang insaf. Kalau korang nak tahu hukuman dia ni macam mana, cubalah buat sesuatu yang melanggar peraturan sekolah. Tak berani. Oklah, disebabkan korang dah buat muka seposen, terpaksalah saya bagi tahu sedikit sebanyak mengenai bentuk hukuman yang dia ni selalu buat. Antaranya, kena pamping. Cuba bagi tahu kat saya siapa pelajar senioryang tak malu buat macam ni semua.

            Dari si ganas tu, kita beralih pula kepada seorang pelajar spesis ke tiga. Dia ni kalau tak nyanyi dalam kelas satu hari tak sah. Tiap pagi ada saja suara sumbang hak cipta terpelihara yang berbunyi. Entahlah dia ni, nak kata dia kerja part time sebagai pemanggil hujan tak pulak. Sampai kawan dia kat sebelah siap bawa kapas untuk tutup telinga. Tu pun dia masih tak paham-paham. Dahlah tu, buat kerja ntah-apa ntah. Adalah satu hari tu masa kami jalankan eksperimen fizik kat makmal berkenaan gelombang. Eksperiman tu meminta kami membuat bunyi kat pembesar suara. Korang nak tahu,   dia ni bukan setakat buat  bunyi , siap nyanyi lagi tu. Mana tak kami semua ketawa macam ahli rumah bahagia tu. Cikgu pun join sama. Kalau lagu dia tu sedap bunyi takpelah. Ni tidak, sepatah haram pun tak tahu apa yang dia sebutkan.

            Yang sorang ni pulak, ibarat hidup segan, mati tak mahu. Pantang ada peluang kemasan, pasti dia tak siasiakannya. Lebih-lebih lagi kalau cikgu tak ada siaplah dia mulakan operasi kilang taik matanya. ( tidurlah ). Pernah sekali tu, waktu cikgu mengajar sempat lagi dia tidur. Itu baru waktu belajar, kalau waktu pereksa, lagilah. Waktu pepereksaan orang jawab soalan 2 jam 30 minit, dia 2 minit 30 saat. Masa selebihnya untuk operasi dia tu.apalah nak jadi ngan dia ni. Dah kami nasihatkan, tapi operasi dia tetap diteruskan. Satu hari kalau dikumpul semua taik mata dia, boleh buat berniaga. Tapi mujurlah sekarang ni dia dah insaf. Dah kurangkan operasi dia. Mungkin disebabkan nak SPM ataupun tak ada orang nak join business dia kot. Walaubagaimana pun tahniah kat dia sebab berjaya menutup kilang dia. Dah tak beroperasi lagilah kilang dia tu.

           La ni pula saya nak kutuk seorang puteri. Sekali pandang ada iras macam  Siti Nurhaliza, dua kali pandang pula macam sitikus dan kali ketiga pandang pula macam entahlah…susah nak kata. Dia ni baru terima ijazah dari USM ( Universiti Sakit Mental )

Lepasan ijazah tu…….. dia ni pantang kalau di sakat. Mulalah memuncungkan mulutnya. Tu baru kena sakat, kalau  di ganggu, entah-entah bukan setakat mulut je tapi

Seluruh anggota badan dia ada tindak balas. Susah-susah. Yang sorang ni pula kawan dia. Kawan dia ni ada sedikit keistimewaan pada dirinya. Cuma sayang dia belum graduate lagi kat universiti yang sama ngan kawan dia tadi. Dia ni kalau di ajak  melantak, Ricky Martin limpas pun dia tak sedar. Makan je lebih tapi badan tak jugak berisi.

           Yang ni pula nama kacaknya Shenan Dhoherty ( yang pelakon cerita Charmed tu ) , nama manja dia Prue, nama sainstifik dia pula Siput Sedut Terkejut. Dia ni boleh dikatakan kamus English saya. Tapi malangnya tak banyak yang boleh saya ceritakan mengenai dirinya. Sebab dia ni masih baru dalam kelas kami. Karang kalau saya buat-buat cerita tak best lah pula.

            Gadis- gadis cun yang lain dalam kelas saya tak banyak komen. Sebab dia orang ni spesis mata sepet. Ala orang cina la…….dan inilah yang menyebabkan saya patah hati nak mendekati dia orang. Bukannya apa, Cuma bila dia orang buka cerita, kawan sebelah pun macam jauh 10 batu. Dia orang bercakap mengalahkan ceramah

pengganas-pengganas sedunia. Lagi pun saya belum lagi ambil bahasa yang kedua, iaitu bahasa cina. Mana nak paham apa yang diaorang katakan.

           Okeylah akhirnya sampailah kita di tirai perpisahan. Maaf dipinta dari saya…… (kenal  sayakan ). Takkanlah tak kenal saya. Sayalah pelajar kelas 5 Arif yang banyak langgar peraturan sekolah. Biasalah, manusia mana yang tahan asyik buat baik aje. Saya pun macam orang lain juga sentiasa ada buruknya di mata orang. Walaupun saya rasa apa yang saya lakukan adalah baik, tapi ia masih tak OK pada pandangan orang lain.  Kepada  semua pelajar yang saya sebutkan saya minta maaf kalau ada yang kecil hati ataupun yang terasa dirinya disebutkan. Bukannya apa, cuma cerita ini hanyalah untuk hiburan kita di akhir alam persekolahan. Selepas ini bila lagi kita akan bertemu. Sekali lagi saya minta maaf. Jangan lah marah. Tapi sekarang ianya hanya tinggal kenangan. Manis apabila dikenang, pahit apabila di telan. Sekelip mata saja ianya telah berlalu. Sekarang baru saya tahu kenapa ibu bapa saya hantar saya ke sekolah selain untuk belajar. Nasihat terakhir saya kepada semua pelajar yang masih berhati batu, lembutkan lah hati korang. Ilmu tiada ternilai dengan wang ringgit. Belajarlah bersungguh-sungguh. Peluang kemasan hanya muncul sekali, dan bukannya dua tiga mahupun empat kali. Kepada yang selalu ponteng sekolah, dan yang tidak bersekolah, pergilah menuntut ilmu di sekolah selagi peluang masih ada. Masih ada ruang untuk korang merasai nikmat sebagai seorang pelajar.

Buat guru-guru semua, saya dan warga semua pelajar sekolah ini mengucapkan terima kasih atas segalanya. salah dan silap kami harap di maafkan. Walaupun kita akan berpisah tak lama lagi, tapi ini tidak bermakna persahabatan kita turut terputus. Kami semua mengharapkan restu guru-guru semua untuk berjaya. Harap kita akan bersua di masa akan datang.

 

 

 

                                                                                                              Lambaian Terakhir,

                                                                                                                 Senior 5 Arif

                                                                                                                 Zulhafiz Azdan